Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meniru ahli-ahli politik kanan seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dengan mendakwa bahawa serangan di Paris menekankan keperluan supaya Akta Hasutan dikekalkan.
Biar betul? Jangan main-main! Jadi
mengapakah mereka yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghasut, dan
golongan fanatik kaum dan agama masih bebas di Malaysia?
Malah, golongan fanatik telah
terlepas sejak dua tahun yang lalu dan telah berani disebabkan ketiadaan
tindakan polis dan undang-undang.
Bagaimanapun, polis hanya
bertindak secara terpilih dan menyedihkan sekali, ramai rakyat Malaysia
hanya melihat siasatan dan pendakwaan bermotifkan politik. Ini semua
kerja Jabatan Peguam Negara.
The Malaysian Insider melaporkan
bahawa Khalid, dalam sebuah coretan Twitternya pada 10 Januari, meminta
rakyat Malaysia untuk mengambil pengajaran daripada kejadian Paris.
"Ambil lah ikhtibar kejadian di
Paris. Itu lah sebab nya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak
akan membiarkan penghasut agama..." tulisnya.
Biar betul? Polis memerlukan Akta Hasutan dan adakah rakyat Malaysia dijamin mendapat siasatan dan pendakwaan yang adil?
* Jika ya, mengapakah orang-orang yang menyeru supaya dilakukan pembakaran Bible, masih bebas?
* Jika ya, mengapakah orang-orang
yang menganjurkan wacana yang mengutuk dan mencemuh agama Kristia,n
masih tidak menghadapi apa-apa tindakan?
* Jika ya, mengapa orang-orang yang mengancam untuk membakar bangunan masih berkeliaran?
* Jika ya, mengapakah mereka yang ditangkap kerana memusnahkan patung-patung agama tidak disiasat dan didakwa dengan segera?
* Jika ya, mengapakah masih ada orang yang menghina dan cuba melanggar kaum lain, masih bebas?
Senarai ini panjang lagi, dan sudah tentu Khalid tahu sebabnya.
Dan rakyat Malaysia tahu mengapa.
Khalid adalah ibarat lembu dicucuk hidung yang berkhidmat bagi tuan
politiknya. Bukannya demi rakyat dan negara.
Pada 9 Januari, Hishammuddin telah memberi amaran bahawa Malaysia tidak seharusnya memandang ringan apa-apa insiden keganasan.
Beliau berkata yang angkatan tentera dan polis telah meningkatkan keselamatan di pintu-pintu masuk dan kawasan terdedah lain.
"Tidak mustahil bahawa negara kita
menghadapi kejadian yang sama," katanya, merujuk kepada serangan
terhadap majalah satira Perancis Charlie Hebdo yang telah menyebabkan
kematian 12 orang.
Khalid menambah yang undang-undang, seperti Akta Hasutan, akan membantu polis menyekat masalah ekstremisme dari awal.
"Serangan Paris – Undang-undang
seperti Akta Hasutan pasti akan membantu @PDRMsia menyekat masalah
masalah ini sebelum ia merebak. Fikir sebelum berkata...," katanya.
Khalid juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat komen berunsur hasutan yang akan memberikan mereka kesusahan.
"Hati2 lah dalam memperkata kan
sesuatu. Jgn 'berkata kata' yg akan mengundang @PDRMsia mengambil
tindakan. Berani cakap berani lah tanggung.”
Pada bulan November, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mengumumkan
pada perhimpunan agung parti itu bahawa Akta Hasutan akan dikekalkan
susulan maklum balas daripada pelbagai pihak.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa perubahan akan dibuat kepada Akta itu.
Post a Comment