Oleh AHMAD FADHLI SHAARI
Berita berkenaan kenaikan harga minyak atas nama rasionalisasi subsidi hakikatnya mengejutkan
banyak pihak. Namun, jika dilihat kepada gaya berbelanja kerajaan
Umno/Barisan Nasional, tidak ada yang pelik dengan tindakan
mengurangkan subsidi ini yang menyebabkan harga minyak RON95 dan diesel
mengalami kenaikan sebanyak 20 sen.
Tindakan ini wajib dikutuk
pada saat rakyat sedang terbeban dengan cukai perkhidmatan dan barangan
(GST) yang sedang diperkenalkan.
Tidak ada sebarang sebab
musabab ia diperkenalkan pada saat ini kecuali sebagai satu hadiah
kepada rakyat khususnya di Pengkalan Kubur kerana terus memberikan
kemenangan kepada calon Umno 25 September yang lepas.
Jika
sebelum ini, kerajaan kebiasaannya mewar-warkan bahawa kenaikan minyak
berlaku selaras dengan kenaikan minyak dunia. Namun, pada kali ini,
kenaikan minyak dunia tidak boleh dijadikan alasan. Semakan di laman
http://www.infomine.com/ mendapati bahawa harga minyak dunia bukan
setakat tidak mengalami kenaikan bahkan mengalami penurunan ketara
semenjak akhir-akhir ini.
Untuk rekod, pada 1 Oktober 2013 yang
lalu, minyak mentah (crude oil) direkodkan pada harga USD108 / barrel.
Namun pada 30 September 2014 iaitu semalam, harga minyak mentah ditutup
dengan harga USD97.14 / barrel. Adakah kerajaan Umno mahu menggunakan
alasan penurunan harga minyak menyebabkan perniagaan Petronas kurang
untung sehingga menyebabkan pengurangan subsidi?
Kerajaan perlu
bertindak selaras dengan kemampuan rakyat. Hakikatnya, bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M) yang nampak popular tetapi mengakibatkan kenaikan harga
minyak wajib dipertimbangkan semula.
Merujuk kepada kenyataan
Perdana Menteri pada 2 September 2013 yang lepas sewaktu mengumumkan
pengurangan subsidi minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, kerajaan
berjaya jimatkan sebanyak RM1.1 billion. Ia boleh dirujuk di akhbar
Utusan Malaysia pada 3 September 2013. Ini bermakna, pengurangan subsidi
sebabnyak 20 sen menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM1.1 billion!
Walaupun
tidak dinyatakan angka penjimatan kerajaan untuk kenaikan minyak pada
kali ini, namun berdasarkan pemotongan subsidi sebanyak 20 sen, boleh
dianggarkan bahawa penjimatan kerajaan pun sekitar RM1.1 billion.
Malangnya,
untuk Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2014,
kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion bagi
diberikan seacara tunai kepada rakyat. Bayangkan jika BR1M ini tidak
dilaksanakan, di atas kertas kerajaan boleh meningkatkan subsidi minyak
sebanyak 80 sen (20 sen = RM1.1 billion)!
Kita bukannya anti
terhadap BR1M, namun jika untuk memberikan bantuan one-off seperti itu
menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak berlipat
kali ganda, sewajibnya kerajaan Umno/Barisan Nasional bertindak dengan
akal yang waras. Perlu diingatkan, kenaikan harga minyak tidak dapat
tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang
kesemuanya bergerak menggunakan minyak.
Rakyat perlu bangkit.
Sedar dan insaf bahawa Umno/Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk
menjadi pembela rakyat. Walaupun mereka menghulurkan ketuhar microwave
secara percuma pada hari pengundian, ia sebenarnya tidak lebih
melainkan hanya untuk memanggang rakyat sendiri di kemudian hari!
Lakukan
bantahan. Jika boleh berkempen, lakukan. Jika boleh sebarkan risalah
maka sebarlah. Dan selemah-lemah bantahan ialah menolak Umno/Barisan
Nasional di kertas undi nanti
Home »
Surat Pembaca
» Minyak naik: Umno BN tidak boleh diharap bela rakyat
Minyak naik: Umno BN tidak boleh diharap bela rakyat
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 02:36
Labels:
Surat Pembaca
Post a Comment