Oleh Wenger Khairy
Mahu
tidak mahu, setiap satu batang tubuh blogger tajaan Umno dan mereka
yang sewaktu dengannya harus menyanjungi keberanian PKR untuk mengheret
kerajaan negeri, rakan politik,
institusi diraja dan rakyat secara amnya ke dalam kancah pergolakan
politik dalaman demi menumpaskan seorang pemimpin yang tidak sehaluan.
Meskipun langkah tersebut tidak mencapai matlamat menggantikan Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ia
tetap berjaya menobatkan Azmin Ali, seteru politik Khalid sebagai
menteri besar Selangor ke-15.
Dalam pada itu, kejayaan PKR
tidak boleh dipandang ringan penganalisis politik tepi jalan kerana
sememangnya parti tersebut terpaksa mengharungi cabaran peti undi,
makamah, perlembagaan serta rintangan pelbagai pihak, termasuk cemuhan
pemimpin rakan sepakatan.
Namun akhirnya PKR berjaya. Pemimpin yang dianggap tidak popular dijatuh dan digantikan dengan pemimpin baharu.
Persoalannya sekarang – Umno bagaimana?
Bermula sejak tahun lepas, rungutan para penyokong gugusan United
Malays National Organisation (baru) kedengaran di merata tempat,
khususnya di ruangan komen bloggers tajaan Umno. Namun hanya segelintir
penggiat media sosial Umnp yang berani mengkritik Najib secara
langsung walaupun mereka sedar kerajaan Umno di bawah Najib lebih
liberal daripada kerajaan Pakatan Rakyat sendiri.
Pelbagai
pihak memberi ulasan menghentam kepimpinan perdana menteri secara halus
oleh bekas menteri Umno (pencen) dan bekas wartawan masyhur, malah Tun
Dr Mahathir Mohamad sendiri cuba memberi tunjuk ajar kepada Datuk Seri
Najib Razak tetapi ia gagal sama sekali.
Dalam pada itu rakyat
terpinga-pinga. Umno kalau dia bersuara membelasah PAS, PKR dan DAP,
suaranya amat jelas sekali. Tetapi ke mana pula desakan tersebut
apabila hendak cuba menyekat badai liberalisme di dalam pentadbiraan
kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun masyarakat secara
amnya?
Mampukah Umno melakukan ‘Langkah Pekan’ seperti mana
yang dilakukan PKR, atau segala rintihan yang kita dengar ini sekadar
rintihan mereka yang tidak mendapat projek?
Bagi kami, kami menyeru mereka berhentilah.
Kepimpinan Najib kepimpinan transfomasi yang mengalahkan Transformer
II. Umno mendapat undi, tetapi dasar DAP yang dikuatkuasakan. Kami
penyokong pihak seberang tidak kering gusi mengenang nasib yang menimpa
penyokong tegar parti cap keris.M/Insider
Bersediakah Umno melancarkan ‘Pekan move’?
Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 00:25
Labels:
Artikel
Post a Comment