Headlines News :
Home » » Tamatkan segera penggunaan Akta Hasutan

Tamatkan segera penggunaan Akta Hasutan

Written By Editor Bebas on Saturday, 4 October 2014 | 03:08

Oleh Tan Sri Hasmy Agam 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat bimbang dengan peningkatan yang merisaukan dalam penahanan dan dakwaan di bawah Akta Hasutan oleh pihak berkuasa ke atas ahli
Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), pelajar serta baru-baru ini seorang ahli akademik.

 Suruhanjaya kesal melihat penggunaan berterusan undang-undang lapuk yang digubal oleh pihak berkuasa penjajah ini untuk menyekat kebebasan bersuara individu semakin meningkat dan seolah-olah digunakan secara tetap.

Tindakan sedemikian oleh pihak berkuasa adalah tidak wajar dan akan terus menyekat hak rakyat untuk membahaskan isu atau menyuarakan pendapat secara bebas yang mana merupakan asas kepada demokrasi yang berkembang maju. 
Justeru, Suhakam menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan semula kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa individu di bawah akta tersebut atas kenyataan atau tindakan mereka yang didakwa sebagai bersifat "menghasut". Adalah penting bagi kerajaan memenuhi janjinya dengan kadar segera untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan "Akta Harmoni Negara" ke arah melindungi hak asasi rakyat kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).  –
* Tan Sri Hasmy Agam adalah pengerusi Suhakam.
Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat