Headlines News :
Home » » Skandal 1MDB: Najib ‘gali kubur’ sendiri?

Skandal 1MDB: Najib ‘gali kubur’ sendiri?

Written By Unknown on Wednesday 14 January 2015 | 15:30

Oleh ROY RASUL 


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu segera menjelaskan mekanismanya untuk memajukan Syarikat pelaburan negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), demi kebajikan rakyat.

Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, orang nombor satu negara (Najib) itu seolaholah ‘sedang mengali kuburnya sendiri.’

“1MDB bagaikan tidak boleh bergerak lagi. Ke hadapan kena. Ke belakang pun kena,” katanya
Dakwanya, walaupun 1MDB mahu ke hadapan dengan membangunkan projek-projek baharu tetapi terhalang pula oleh preatasinya yang lemah.

Menurut beliau, sebagaimana didedahkan Setiausaha Agung KeADILan, Rafizi Ramli, baru-baru ini permohonan melewatkan projek penjana bebas Jimah East Power Sdn Bhd, disebabkan 1MDB berhadapan dengan masalah aliran tunai.

Kata Rafizi, laporan 1MDB gagal sekali lagi untuk membayar hutang berjumlah RM2 bilion mengikut jadual pembayaran mengesahkan ba hawa syarikat bermasalah itu berhadapan dengan masalah aliran tunai.

Rafizi juga dipetik berkata, 1MDB didakwa memerlukan suntikan kewa ngan dari penyenaraiaan aset-aset penjana bebasnya untuk mengimbangi hu tangnya yang tinggi dan telah mencecah RM42 bilion setakat ini.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, tindakan 1MDB itu sebenarnya dilihat mahu mengurangkan hutangnya terlalu tinggi untuk dibayar.

Namun beliau mengingatkan Najib agar tidak menggunakan dana rakyat untuk membayar hutang 1MDB selepas ini.

Tambahan pula katanya, jika mengikut ramalan pakar-pakar ekonomi, pada tahun 2015 ekonomi akan merosot.

“Jika ini berlaku maka akan menyebabkan 1MDB lebih sukar untuk membayar hutangnya,” dakwanya lagi.
Share this post :

Post a Comment

 
Webmaster : Cybersniper Pakatan
Copyright © 2015. Sanggah Daily - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap SanggahDaily
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat