PKR terus mengkritik sistem penentuan harga
minyak secara bulanan oleh kerajaan, yang terus menyaksikan harga runcit
petrol RON95 lebih mahal daripada harga pasaran.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan mekanisme sedia ada
pun, harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari
lalu.
“Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari
2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan BN sendiri) akan
jatuh ke paras RM1.50 seliter,” kata Rafizi.
Bagaimanapun, kata Rafizi, sistem penentuan bulanan sekarang menyebabkan
rakyat Malaysia masih membayar harga RM1.91 seliter, 30sen hingga 40sen
lebih mahal – perbezaan yang digelarnya sebagai “cukai tersembunyi”.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga mendesak Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malek
mengumumkan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu yang didakwa
berlaku pada 9 Januari.
Menurut Rafizi, mesyuarat itu antaranya membincangkan cadangannya supaya sistem berasaskan stok konsainan (consignment stock) dilaksanakan dan harga minyak diturunkan setiap minggu.
“Saya juga menyeru supaya menteri KPDNKK membentang perkara-perkara ini
dalam mesyuarat kabinet minggu ini dan satu keputusan diumumkan secepat
mungkin bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa,” katanya.
Trend ke arah RON95 RM1.50 seliter akhir Jan
Written By Unknown on Monday, 12 January 2015 | 15:41
Labels:
Berita
Post a Comment